PENGEMBARAAN BERMULA

Assalamualaikum semua!

Akhirnya aku kembali lagi ke dunia blogger setelah sekian lama aku berehat. Ucapan tahniah kepada pelajar SPM 2014 sama ada yang cemerlang mahupun kurang cemerlang. Result aku? Aku hanya mampu bersyukur walaupun slip keputusan yang aku terima bukanlah sederet A. Kecewa? Agak sedikit kecewa tetapi ini bukanlah pengakhiran kehidupan aku. (ayat cliche sangat)


Walau apa pon keputusan yang aku dapat, penghargaan terima kasih aku tuju kepada ibu bapa guru guru dan rakan rakan. Sepanjang dua tahun aku bermastatutin di bumi SBP Integrasi Jempol (INTEJ) sudah semestinya banyak kenangan yg aku tempuh sama ada pahit manis masin tawar dan hanyir! Im so proud to be one of the students there. Nasib baik tak pindah masa awal awal masuk Tingkatan 4 dulu. Hahahah! Kalau tak, tak merasa lah aku pengalaman duduk di asrama dan makan ikan kejung dewan makan.


Sekarang aku tengah pening nak masuk kos mana U mana and all about life after SPM, Sape kata lepas SPM boleh merdeka? No way!!! You have to choose your course, looking for scolarship and always update dengan UPU tau. Kalau terlepas habis kita tanam anggur je lah belakang rumah. Nasib baik aku ada adik beradik yg dah lepas zaman macam ni so boleh lah aku tanya itu ini dan sebagainya.


Aku nak kongsi pasal beberapa jalan selepas SPM:

1. ASASI
-Asasi ni dia bercabang ada asasi sains hayat/fizikal, asasi kejuruteraan, asasi undang undang, asasi Tesl dan macam macam, Ini boleh dikira jalan pintas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Beberapa tahun pengajian asasi depends on kos apa yang kau amik. So sesiapa yg interested nak jadi doktor, farmasi and science background you should apply asasi sains hayat. For asasi sains fizikal kos ni more kepada mathematics.

2. MATRIKULASI
-Matrik ada tiga cabang sains, akaun dan kejuruteraan. Matrik memang kena skor masa exam sebab kalau pointer kita rendah kemungkinan kita tiada tawaran untuk sambung belajar dalam degree. Dan jika pointer kita kebaboom kemungkinan besar kita boleh fly atau sambung degree dalam Malaysia dengan kos medik atau engineering!

3. STPM
-STPM pon agak sama dengan matriks cuma masih lagi dikelilingi kawasan sekolah. Ada aliran sains dan sastera. STPM ni kira A-LEVEL tau! Sijil STPM diiktiraf di seluruh dunia. Kalau pointer kita tinggi memang boleh fly untuk sambung degree. Ramai pelajar cina amik STPM sebab diorang nak jalan pintas dan lagipon diorang memang pandai.


Setakat itu sahajalah perkongsian aku buat anda semua sebagai pelajar lepasan SPM, Aku pon tak decide lagi nak pergi mana nak amik kos apa and blablablabla! Apapon yang kita amik ingat tebus balik maruah result SPM kita ok! Selamat berpening kepala memilih.......hahahahah